Zulhijjah adalah bulan pelaksanaan rukun Islam kelima iaitu ibadah Haji yang diwajibkan ke atas umat Islam yang cukup syaratnya.
Bagi kita yang berada di tanahair dan tidak menunaikan haji, ibadat korban dilaksanakan dengan memberi makan orang yang tidak berkemampuan. Ibadat korban iaitu menumpahkan darah binatang merupakan simbolik kepada pengorbanan dilakukan.
Dikongsikan video hebahan promosi mengenai Bab Sembelih dan Korban (MSS 4749 (A)) dan Kitab Haji (MSS 3461) koleksi manuskrip Melayu di Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu yang boleh dirujuk di aras 11, Menara PNM pada hari Isnin hingga Jumaat mulai jam 10:00 pagi hingga 5:00 petang.