Haa..pakai lagi plastik sekali guna.
Tapau air panas pun nak berplastik. Agak-agaknya dah berapa banyak mikroplastik dah berada dalam badan anda?
Sebagai alternatif, bolehlah anda kata 'tak nak' kepada plastik dengan:
Sentiasa membawa bekas makanan dan air sendiri ketika membungkus makanan di luar.
Memastikan dalam kereta/motosikal sentiasa ada beg guna semula.
Dua langkah mudah untuk mengurangkan kebergantungan anda kepada plastik!