Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 ialah sebuah pertubuhan antara kerajaan serantau yang terdiri daripada 10 buah negara di Asia Tenggara. Antara objektif penubuhan ASEAN adalah untuk menggalakkan kerjasama antara kerajaan dan memudahkan integrasi ekonomi, politik, keamanan, ketenteraan, pendidikan dan sosial budaya antara anggotanya dan negara-negara lain di Tenggara.
Bagi tahun 2025, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat ASEAN 2025 untuk kali ke-5 dan Kementerian Kewangan akan mempengerusikan Mesyuarat ASEAN Trek Kewangan di empat buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Sarawak.
Pada 7 Ogos 2024 di Majlis Perhimpunan Bulanan MOF, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah melancarkan kira detik Mesyuarat ASEAN 2025 Trek Kewangan yang diterajui oleh Kementerian Kewangan.