7 NADI dalam 7 Hari!
Kami telah menjelajah ke 7 pusat NADI dalam masa 7 hari, membawa pemeriksaan kesihatan percuma kepada komuniti! Dari pemeriksaan tekanan darah, paras glukosa, paras kolesterol, BMI, hinggalah sesi konsultasi bersama doktor. Kami sentiasa komited memastikan komuniti setempat memiliki akses berterusan kepada perkhidmatan kesihatan di NADI berhampiran anda.
Terima kasih kepada semua yang hadir! Nantikan perkembangan lanjut daripada #NADI dan program yang akan datang. Bersama-sama, kita memperkasakan komuniti untuk hidup lebih sihat!