Sejauh manakah radiasi dari menara telekomunikasi berbahaya? ðŸ¤”Satu kursus yang bertajuk Radiasi EMF Dari Menara Telco: Adakah Kita Selamat? telah dianjurkan oleh MCMC bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat mengenai isu keselamatan radiasi daripada menara telekomunikasi. Melalui kursus ini, para peserta bukan sahaja mendapat pendedahan mengenai fakta saintifik EMF bahkan juga langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil. MCMC komited dalam memberikan maklumat yang tepat dan menyeluruh bagi menjawab kebimbangan orang ramai mengenai radiasi EMF demi memastikan kesejahteraan komuniti. #MCMC