Antara usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meningkatkan penguasaan lisan Bahasa Melayu dalam kalangan murid adalah menerusi pelaksanaan Perkampungan Bahasa BITARA.
Program di bawah Inisiatif #108 Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu ini dilaksanakan di setiap daerah di seluruh negara dengan penglibatan lebih daripada 10,000 murid sekolah menengah, terutamanya murid Tingkatan Lima yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2024.
Antata objektif utama program ini adalah untuk melonjakkan penguasaan lisan Bahasa Melayu SPM dan melahirkan murid yang berketerampilan berbahasa serta berkeyakinan dalam bertutur.