Tujuan 
  • Kelas ini diadakan bertujuan untuk menggalakkan pemahaman konsep sains dan geografi melalui aktiviti letusan gunung berapi (Volcano).

Aktiviti

  • Pelajar diminta menggunakan baking soda dan cuka untuk menghasilkan simulasi letupan gunung berapi dan kesannya terhadap belon

  • Menggalakkan kreativiti pelajar dalam mencipta letusan gunung berapi sendiri, merangsang pemikiran kreatif dan keupayaan penggunaan bahan terpakai

Gambar disini

Tujuan 
  • Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan konsep asas reka bentuk tiga dimensi kepada pelajar sekolah rendah. Dengan menggunakan TinkerCad, mereka dapat memahami bagaimana objek-objek 3D dicipta dan dimodelkan secara digital.

Aktiviti

  • Petugas melakukan demonstrasi tentang cara membuat model menggunakan TinkerCad.

  • Peserta mencuba sendiri membuat objek 3D dengan bimbingan petugas.

Gambar disini

Tujuan 
  • Tujuan kelas adalah melatih peserta dalam penggunaan platform Canva untuk mencipta poster digital dengan kreatif, memperkenalkan elemen-elemen reka bentuk grafik, dan memberikan kemahiran asas dalam penyampaian visual yang menarik.

Aktiviti

  • Kelas dimulakan dengan sesi pengenalan kepada platform Canva termasuk pendaftaran akaun dan pemahaman asas muka penggunaan Canva.

  • Memberi langkah demi langkah dalam mencipta poster digital melibatkan template, pemanbahan elemen reka bentuk, teks dan pengaturan warna untuk mencipta hasil yang diinginkan

  • Sesi penilaian daripada poster yang telah berjaya dihasilkan oleh setiap pelajar.

Gambar disini

Tujuan 
  • Tujuan aktiviti ini adalah untuk menggalakkan pemikiran kreatif, penyelesaian masalah, dan kerjasama dalam kalangan pelajar melalui permainan susun cawan

Aktiviti

  • Petugas memberikan penerangan tentang penggunaan tali, getah tempe dan cawan.

  • Petugas memberikan tutorial praktikal kepada pelajar sebelum memulakan cabaran.

  • Pelajar diminta untuk membina sebuah Menara cawan dengan hanya perlu menggunakan getah tempe dan tali untuk menggerakkannya.

Gambar disini

Tujuan 
  • Tujuan kelas adalah untuk memberi peserta kemahiran dalam penggunaan asas platform email, memperkenalkan prinsip-prinsip keselamatan dalam penggunaan email, serta memberikan kemahiran asas dalam berkomunikasi secara digital.

Aktiviti

  • Sesi bermula dengan penerangan terperinci tentang objektif dan kandungan kelas.

  • Langkah-langkah mencipta akaun Gmail disampaikan melalui demonstrasi praktikal.

  • Setiap pelajar mencipta akaun Gmail sendiri.

Gambar disini