Tujuan 

Petugas memberi arahan dan penerangan kepada peserta untuk aktiviti yang akan mereka lakukan pada petang itu. Peserta akan dipilih oleh petugas untuk membaca satu perenggan dan peserta yang lain perlu menaip berita yang rakan mereka bacakan menggunakan Microsoft owrd. Untuk perenggan seterusnya rakan yang lain akan dipilih untuk membaca sambunganberita yang diberikan

Aktiviti 

Aktiviti ini dapat membantu kepantasan peserta untuk menaip apa yang mereka dengari. Mereka perlu peka dengan ayat atau jalan berita yang dibacakan oleh rakan mereka supaya peserta dapat menaip dengan lancar. Penggunaan jari dan telinga perlu seiring supaya peserta dapat menaip berita yang disampaikan dengan selesai tanpa ada perkataan atau ayat yang tertinggal.

Di awal bengkel peserta diberikan penerangan mengenai KDB. Kemudian petugas akan memberi arahan berkenaan dengan aktiviti yang akan dilaksanakan pada hari tersebut. Selesai mendengar arahan petugas akan memilih seorang peserta bagi memulakan aktiviti dengar dan taip pada hari itu.

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang ICT dan menjawab latihan bahasa melayu dan lain-lain mata pelajaran dengan menggunakan website Zoom A sebagai bahan aktiviti. Peserta perlu mendaftar masuk nama dan kata laluan sekolah sebelum boleh menjawab latihan atau soalan yang tersedia di website tersebut.

Aktiviti 

Aktiviti ini membantu peserta untuk mengulangkaji apa-apa matapelajaran yang mereka pelajari di sekolah. Ini kerana terdapat soalan-soalan yang boleh mereka jawab untuk setiap mata pelajaran yang mereka belajar di sekolah.

Gambar Disini

Tujuan 

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang ICT dan memberi pendedahan kepada peserta salah satu cara untuk menghasilkan kalendar dengan menggunakan Microsoft Publisher

Aktiviti 

Aktiviti ini dapat membantu peserta menggunakan fungsi lain di dalam Microsoft Publisher. Kalendar yang peserta hasilkan juga boleh mengikut citarasa dan kreativiti mereka sendiri. Walaupun mereka memilih di templat yang disediakan, peserta boleh menghias kalendar mereka tadi mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.

Gambar Disini

Tujuan 

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan penggunaan komputer. Pembelajaran kali ini adalah untuk melatih peserta untuk meningkatkan kemahiran menaip dan mempelajari semua fungsi Keyboard secara berkesan dan baik.

Aktiviti 

Aktiviti ini dapat membantu peserta menggunakan Keyboard peserta harus meletakan jari pada papan kekunci yang ditunjukan didalam scren komputer, Penempatan jejari ini adalah kedudukan asas untuk penaipan sentuhan yang mudah untuk menekan semua kekunci yang lain 

 

Gambar Disini

Tujuan 

Bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan keterangan berkenaan Sistem e-Roses dan sedikit berkenaan Avokasi dari Petugas Pusat Internet tersebut.

Aktiviti 

Pusat Internet Kg Sg Leman, 05 Januari 2018 - Bengkel Standard Of Procedure (S.O.P) Aduan & Penghantaraan Penyata Tahunan Melalui Sisteme-Roses telah diadakan disini.

Bengkel ini melibatkan peserta wakil daripada persatuan PWB daerah Sabak Bernam

Gambar Disini