𝗜𝗡𝗦𝗘𝗡𝗧𝗜𝗙 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗔𝗞-𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗙𝗥𝗢𝗡𝗧𝗟𝗜𝗡𝗘𝗥𝗦 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵
Merupakan satu insentif baharu di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Selangor Prihatin Fasa Dua yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bertujuan untuk membantu mengurangkan beban para frontliners dalam penjagaan anak-anak yang terpaksa ditinggalkan bagi menggalas tanggungjawab terhadap negeri dan negara.
Bantuan insentif ini akan diberikan kepada petugas frontliners yang berkhidmat di jabatan/agensi kerajaan di Selangor yang perlu bekerja dan pada masa yang sama terpaksa mencari pengasuh untuk menjaga anak-anak mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kadar bantuan bernilai RM 150 akan diberikan untuk seorang anak bagi tempoh 2 bulan (Mac dan April 2020).
Permohonan online boleh dibuat mulai 20 April 2020 di laman sesawang asuhpintar.yawas.my sebarang pertanyaan boleh dikemukakan bermula pada 20 April 2020 seperti berikut di talian 03-5481 8800 / 011-3158 3804 / 011-2714 5515 (Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
#IPAF
#pakejrangsanganselangorprihatin
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah