Salah satu misteri terbesar bagi jangkitan coronavirus adalah mengapakah ia hanya menyebabkan gejala ringan pada kebanyakan orang, tetapi boleh menyebabkan kematian pada individu lain?
Satu perkara penting yang diperhatikan adalah virus Covid 19 mampu membiak dengan begitu pantas selepas ia menjangkiti satu sel. Ia mengakibarkan stress yang besar pada tubuh dalam tempoh masa yang singkat.
Situasi ini menyebabkan tubuh membebaskan cytokines dengan banyak sehingga tidak terkawal. Cytokines adalah sejenis protein yang memberi isyarat untuk mengatur imuniti, keradangan dan penghasilan darah.
Apabila terlalu banyak cytokines dibebaskan, Ribut Cytokines berlaku dimana ia mula menyerang sel dan tisu tubuh selain melawan virus.
Bagi jangkitan COVID-19, tindakbalas ribut cytokines kebanyakannya berlaku di paru-paru. Apabila tisu paru paru mati dan mula pecah, dinding kantung udara kecil paru-paru menjadi bocor dan dipenuhi dengan cecair, lalu menyebabkan radang paru-paru .
Apabila paru-paru telah rosak, sindrom gangguan pernafasan berlaku. Kemudian organ lain mula gagal dan kematian adalah satu perkara yang sukar untuk dielakkan.
Rawatan yang digunakan bagi situasi ini termasuklah menggunakan rawatan bagi penyakit Arthritis dan Rheumatoid Arthritis. Walaubagaimanapun masih belum ada bukti kukuh untuk menyokong keberkesanan penggunaan rawatan tersebut.
Sehingga kini, belum ada rawatan khusus dan vaksin bagi covid 19. Perkara yang terbaik adalah untuk kita mencegah dari dijangkiti
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah