Walaupun makan di dalam restoran telah dibenarkan, pengunjung disarankan untuk TIDAK duduk dalam premis untuk masa yang lama.
Sewaktu sedang makan, pelanggan tidak memakai topeng muka. Jika ada pelanggan yang duduk lama, berbual serta bergelak ketawa di dalam premis, ia akan meningkatkan risiko penyebaran.
Kelonggaran peraturan dilakukan untuk membantu merancakkan semula kegiatan ekonomi masyarakat setempat, ia BUKAN alasan untuk anda mengabaikan langkah pencegahan.
Ingin lepak dan berborak di kedai mamak ? Sabar dulu... belum sesuai dan belum selamat.
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
Bayi berusia 2 tahun ke bawah TIDAK digalakkan untuk dipakaikan topeng muka kerana pemakaian topeng muka akan menyebabkan risiko lemas,strok haba, tercekik dan meningkatkan beban paru paru.
Semasa tempoh pandemik ini, elakkan membawa anak kecil ke tempat awam yang padat dan sesak. Mana mana individu yang tidak sihat dan bergejala jangan cium & gomol bayi ya.
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
Patuhi PKPB demi kebaikan bersama. Tugas mencegah COVID19 adalah tanggungjawab kita bersama.
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah