PERNIAGAAN MAKANAN (KUIH DANGAI, JUS DURIAN BELANDA & BUAH-BUAHAN)

Nama

: Rosidah bt Azis

Umur : 45 Tahun
Ahli : 12 Mac 2019


Latar Belakang

Puan Rosidah memulakan perniagaan sejak tahun 2015 lagi. Menjalankan perniagaan di warung milik beliau iaitu Warung Tepi Palong.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau melibatkan diri di PI dengan hadir untuk menggunakan perkhidmatan di PI sahaja seperti membayar bil, topup dan juga perkhidmatan cetakan. Pada ketika itu beliau memang sudah berniaga dengan menjual di warung sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sudah mula aktifkan diri mengikuti kelas ICT dan juga bengkel keusahawan yang dianjurkan oleh pihak PI. Oleh sebab itu, beliau kini sudah mula berniaga secara atas talian yang mana beliau menggunakan Facebook peribadi beliau untuk membuat promosi jualan. Tidak hanya itu sahaja, beliau juga sudah mengetahui cara untuk membuat promosi di Group WhatsApp.