PERNIAGAAN MAKANAN (MERINGUE KISSES)
Nama |
: Muhamad Ahmad Daniel bin Hairudin |
Umur | : 21 Tahun |
Ahli | : 19 Jun 2010 |
Latar Belakang
Muhamad Ahmad Daniel atau Akmal, beliau adalah pelajar lepasan Kolej Vakasional dalam bidang Bakeri dan pastry. Sebelum beliau masuk ke KV beliau sering datang ke Pusat Internet untuk menggunakan komputer dan tempat belajar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum melibatkan diri secara aktif di Pusat Internet beliau sememangnya kurang mengetahui penggunaan Komputer dengan baik
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Penglibatan beliau di PIK membantu menjadikan beliau seorang yang celik IT pada sekitar 2013. Beliau sering mengikuti kelas ICT dan juga bengkel kemahiran yang diadakan di Pusat Internet pada waktu itu. Kini beliau telah menjalankan perniagaan makanan online yang mana beliau berupaya menggunakan akaun Facebook beliau sebagai satu cara untuk membuat promosi perniagaan yang beliau jalankan. Hasil dari mengikuti kelas beliau kini sudah sedikit mahir dalam penggunaan ICT.