PELAJAR CELIK IT / KOMPUTER PINTAR

Nama

: Ahmad Dhani bin Mohamad Azmil

Umur : 9 Tahun
Ahli : 30 Jun 2021


Latar Belakang

Ahmad Dhani merupakan murid sekolah rendah di Sekolah Rendah Simpang Lima yang berusia 9 tahun. Beliau telah menjadi ahli Pusat Internet pada bulan Jun 2021 akan tetapi pada masa itu beliau kurang mendapat pendedahan berkenaan dengan ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sanggup datang ke Pusat Internet semata-mata untuk mencari tempat yang sesuai untuk mengikuti kelas secara atas talian yang perlu menggunakan akses capaian internet yang kuat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Disebabkan Beliau sering datang ke Pusat Internet beliau sangat berminat mengikuti kelas yang disediakan di Pusat Internet dan menjadi ahli Pusat Internet. Beliau juga mengikuti kelas ICT secara percuma yang disediakan oleh Pusat Internet. Kini beliau sudah mahir untuk menggunakan komputer dalam perkara-perkara asas seperti menaip, melayari internet dan lain lagi.