PELAJAR CELIK IT / KOMPUTER PINTAR

Nama

: Safitri binti Mohd Zaki

Umur : 9 Tahun
Ahli : 12 Ogos 2018


Latar Belakang

Safitri merupakan murid sekolah rendah di Sekolah Rendah Sungai Leman yang berusia 9 tahun. Beliau telah menjadi ahli Pusat Internet sejak tahun 2018 akan tetapi pada masa itu beliau kurang mendapat pendedahan berkenaan dengan ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau datang ke PEDi mengikuti ibu untuk membuat urusan di PEDi. Kemudian beliau mengikuti kakaknya ke PEDi untuk menggunakan computer di PEDi. Beliau tidak mempunyai asas ICT sama sekali.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Disebabkan Beliau sering datang ke PEDi beliau sangat berminat mengikuti kelas yang disediakan di PEDi dan menjadi ahli PEDi. Beliau juga mengikuti kelas ICT secara percuma yang disediakan oleh PEDi. Kini beliau sudah mahir untuk menggunakan komputer dalam perkara-perkara asas seperti menaip, melayari internet dan lain lagi.