PELAJAR CELIK IT / KOMPUTER PINTAR

Nama

: Muhammad Akmal Hakim bin Abd Halim

Umur : 23 Tahun
Ahli : 26 Ogos 2013

 

Latar Belakang

Muhammad Akmal Hakim merupakan pelajar tahun akhir di Universiti Teknologi Mara Shah Alam dalam bidang Pengurusan Muamalat. Beliau telah menjadi ahli PEDi pada bulan Ogos 2013 akan tetapi pada masa itu beliau kurang mendapat pendedahan berkenaan dengan ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau datang ke PEDi Ketika berusia 13 tahun untuk menggunakan perkhidmatan komputer dan melakukan aktiviti bersama sahabat seusianya disini. Setelah beliau meningkat dewasa beliau sudah semakin jarang mengunjungi PEDi lagi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau melanjutkan pelajaran di universiti, beliau sering datang ke PEDi bagi mengikuti kelas secara atas talian dengan menggunakan perkhidmatan komputer dan wifi di PEDi. Beliau juga megikuti kelas ICT yang disediakan oleh Petugas bagi meningkatkan kualiti kerja beliau Ketika melakukan tugasan untuk Universiti beliau. Beliau juga sering berkomunikasi dengan petugas dengan meminta nasihat dan pandangan mengenai tugasan kerja beliau.