Pelanggan yang dihormati,
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa Kedua secara tunai dilaksanakan bermula pada 14 Mei 2020 hingga 31 Disember 2020.
Rujuk perkara di bawah untuk maklumat lanjut:
1. Bayaran secara tunai kepada penerima:
- Tiada akaun bank
- Bayaran BPN gagal dikredit ke akaun penerima
2. Anda dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan masing-masing secara atas talian terlebih dahulu melalui laman berikut:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia - http://www.hasil.gov.my/
- Bantuan Sara Hidup (BSH) - https://bsh.hasil.gov.my/
- Kementerian Kewangan Malaysia - https://www.treasury.gov.my/
3. Penerima perlu membawa kad pengenalan ketika menerima bayaran tunai di Cawangan BSN.
4. Pihak BSN ingin menegaskan agar setiap pelanggan mempraktikkan penjarakan sosial sejauh 1 meter dan memakai topeng muka semasa melakukan transaksi perbankan di premis Cawangan BSN.
5. Sila klik https://bit.ly/BSN-BPN untuk soalan lazim (FAQ) mengenai pembayaran BPN.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900.
Terima kasih.
13 Mei 2020
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah