445369006_1016324557162234_6160093700009580763_n.jpg

𝐓𝐀𝐇𝐔𝐊𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐃𝐀?
PEMILIHAN BUNGA KEBANGSAAN
Pada akhir tahun 1958, Kementerian Pertanian telah mengemukakan tujuh jenis bunga untuk dipilih sebagai Bunga Kebangsaan. Bunga-bunga berkenaan ialah bunga raya, bunga kenanga, bunga melur, bunga cempaka, bunga teratai, bunga mawar dan bunga tanjung. Walau bagaimanapun akhirnya kerajaan membuat keputusan untuk memilih bunga raya berdasarkan kriteria bunga raya yang sudah terkenal di seluruh negara, warna dan bentuk yang menarik, nama panggilan yang sama di seluruh negara, mudah didapati di seluruh negara dan yang paling penting ia bukan menjadi Bunga Kebangsaan mana-mana negara lain di dunia ketika itu.
Nak tahu mengenai info menarik, sejarah dan pelbagai kandungan sepanjang Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024?
Ikuti media sosial Merdeka 360 dan layari www.merdeka360.my untuk maklumat lanjut.