444945309_890205773140922_4189304197558466990_n.jpg

Doktor. Telinga saya asik sakit dan bengkak. Bernanah. sebenarnya boleh ke tidak korek telinga? Kalau tak korek, gatal lah. Bila korek kan sedap.
Tak elok mengorek telinga. Tak kiralah guna cotton bud, besi dsb. Kerana kita tak nampak apa yang ada dalam tu. Tahi telinga boleh tertolak dan terkumpul di situ. Lama kelamaan ia akan jadi keras.
Jika nasib tidak baik, mengorek boleh menyebabkan gegendang bocor disebabkan trauma.
Disamping itu, mengorek boleh menyebabkan luka dan radang dan menyebabkan jangkitan kuman.
Tahi telinga ni ada sebab tuhan ciptakan.
1) Ada lysozyme yang boleh mencegah jangkitan bakteri dan kulat.
2) Tahi telinga keluar sendiri dengan tolakan kulit lubang telinga tersebut.
Jika alami masalah telinga seperti tersumbat atau terluka disebabkan cotton bud, jumpa doktor untuk dapatkan rawatan segera.