Assalamualaikum wrt wbt
SEMAKAN KEPUTUSAN UJIAN KEMASUKAN SEKOLAH TAHUN 1 SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI) SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2025
Semakan boleh dilakukan pada :
Tarikh : 24 September 2024 hingga 04 Oktober 2024 bermula jam 11.00 pagi di pautan (link) :
https://sekolah.jais.gov.my/srai
Sila cetak surat tawaran dan surat maklumbalas penerimaan kepada yang berjaya.
Hantar Surat Maklumbalas Penerimaan ke pejabat sekolah bermula 24/09/2024 sehingga 04/10/2024 bagi proses pengesahan pendaftaran.
Kegagalan tuan puan membuat pengesahan akan menyebabkan tawaran tersebut terbatal secara automatik.
Bagi yang tidak berjaya, tuan/puan perlu membuat rayuan secara atas talian/online pada pautan "RAYUAN" yang disediakan di :
https://sekolah.jais.gov.my/srai .
bermula pada 26/09/2024 hingga 04/10/2024.
Sebarang permasalahan boleh hubungi seksyen SRAI/Prasekolah di talian 03-55143639
Harap maklum. Sekian Terima kasih.