Jika anda ingin ke Sekinchan anda wajib pergi ke salah satu tempat ini.
1. Kawasan Sawah Padi - Sekinchan merupakan sebuah perkampungan sawah padi yang indah.
2. Kilang Memproses Padi PLS Marketing - Lawatan geleri padi dan memproses padi
3. Ah Ma House - Merupakan sebuah rumah tradisional cina yang menempatkan barang-barang antik
4. Pantai Redang - Sangat sesuai untuk beriadah pada waktu petang bersama keluarga sambil menunggu matahari terbenam.
5. Sekinchan Coconut Farm - Tempat jauh ke dalam menghala ke ban canal boleh lalu melalui jalan tali air 4, Sesuai untuk beriadah sambil minum air kelapa.
6. Pantai Sg Leman - Untuk masuk ke sini anda boleh lalui jalan pantai tali air 7 sg leman, dan parking di kawsan bawah jika anda sayangkan kenderaan anda, sesuai beriadah bersama keluarga mencari remis pada waktu pagi dan petang.