Alamat : Tepi Jalan Besar Tali Air 6 sebelum Balai Bomba Sekinchan
Waktu Operasi : 8.00 Pagi - 12 Malam
Satu lagi pilihan nasi lemak di sekitar sekinchan adalah Nasi Lemak Wak Sulur. Konsep layan diri yang diamalkan memberikan keselesaan dan kebebasan kepada pengunjung yang datang ke sini. Selain nasi lemak, pelanggan juga diberi pilhan roti canai dan roti telur.
Apa yang menarik adalah roti canai disajikan dengan kari kaki ayam (Canai ceker). Jika anda suka kari kaki ayam, ambillah sebanyak mungkin yang anda mahukan di sini kerana ramai sudah terpikat dengannya.