Alamat : Sebelah Petron Tali Air 8 Sungai Leman

Waktu Operasi : Selasa - Ahad (Isnin Cuti ), 6.30 Pagi - 11.30 Pagi

Kalau bermalam di sekinchan pasti pagi-pagi anda mencari sarapan jom pergi ke gerai kak norzam Nasi lemak belauk di Tali air 8 Sg Leman sebelah Petron. Rugi jika anda tidak rasa masakannya. Nasi dan sambalnya cukup memikat pengunjung yanh ingin memulakan pagi mereka dengan nasi lemak. Sambalnya dikatakan sedikit manis namun masih memikat. Oleh itu, bagi mereka yang tidak tahan masakan pedah, sambal disini pasti sesuai dengan selera anda. 

 

Facebook :Sam Norzam

Alamat : Parit 9 Jalan Sawah

Waktu Operasi : 10 Pagi - 10.00 Malam

d'Bendang menawarkan pelbagai hidangan dalam harga bajet yang enak untuk dicuba. Hidangan yang ada terdiri daripada masakan Melayu dan juga barat pada belah petang. Walaupun dalam lingkungan harga yang boleh dikatakan agak murah atau berpatutan, saiz hidangannya cukup mengenyangkan, sesuai sangatlah tu kalau datang dengan perut yang betul-betul lapar. Antara makanan yang sangat popula di gerai tersebut adalah Nasi Ayam d'Bendang untuk tempahan boleh hubungi 017 315 9577.

Alamat : Medan Selera Sekinchan (Benteng)

Waktu Operasi : Setiap Hari Keculi Hari Selasa , 10.00 Pagi - 10.00 Malam

Restoran Abah Ikan Bakar & Seafood Sekinchan ini merupakan antara restoran ikan bakar yang cukup terkenal. Sebut sahaja namanya kepada penduduk di sini, pasti mereka tahu kedai yang anda maksudkan. Ada beraneka jenis makanan laut berkualiti tinggi yang boleh anda pilih. Antara yang boleh didapati ialah udang, sotong, ketam, lala dan beraneka jenis ikan. Untuk Tempahan 010-244 5188 Mohd Razif @ Ajib

 

Facebook : Abah Ikan Bakar & Seafood Sekinchan

Tempat : Taman Aman

Waktu Operasi : 6.30 Pagi - 11.00 pagi, Cuti setiap hari rabu

Nama Usahawan : En. Halim bin Daud

No.Tel : 011 - 1327 7700

Alamat : Tepi Jalan Besar Tali Air 6 Sekinchan

Waktu Operasi : 6.30 Pagi - 10.00 Malam

Cendol Was selalu penuh pada waktu kemuncak (Cuti umum) waktu pagi kerana ia menyediakan sarapan pagi antara makanan yang selalu menjadi kegemaran disini adalah roti canai pelangi yang sangat nipas dan lembut, Nasi Lontong dan Nasi lemak ayam goreng. Selain itu Cendol Was akan menjadi tumpuan pada belah petang kerana banyak menu makanan ringan yang panas antaranya Keropok leko, rojak, pisang goreng, ACB, Cendol dan macam-macam lagi menu yang ada.

 

 

Facebook: Cendol Was Sekinchan