Tarikh : 13 Jun 2024
Masa : 3.00 petang – 4.00 petang
Lokasi NADI Kg Sungai Leman
Peserta : 2 Orang 

Tujuan 

  • Kelas ini diadakan bagi memberi pengenalan danmembantu peserta memahami geografi, arah, dan teknologi digital.

Aktiviti

  • Petugas menunjukkan cara membuka Google Maps di komputer.
  • Petugas terangkan dan tunjukkan bagaimana menggunakan Street View untuk melihat pemandangan 360 darjah di lokasi tertentu.
  • Peserta  dapat belajar mengenai negara, bandar, dan ciri-ciri geografi seperti gunung, sungai, dan laut.
                        
 
 
 

Gambar disini

Tarikh : 11 Jun 2024
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Lokasi NADI Kg Sungai Leman
Peserta : 1 Orang 

Tujuan 

  • Memberi pembelajaran dan membantu peserta untuk membuat pembentangan bagi kerja sekolah peserta.

Aktiviti

  • Pengenalan kepada Microsoft Powerpoint
  • Peserta mengisi topik dan kandungan yang berkaitan dengan topik pembentangan.
                        
 
 
 

Gambar disini

Tarikh : 8 Jun 2024
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi NADI Kg Sungai Leman
Peserta : 3 Orang 

Tujuan 

  • Memperkenalkan peserta kepada Microsoft Paint dan mengajarkan mereka asas melukis dan mewarna menggunakan alat-alat yang tersedia dalam perisian ini.

Aktiviti

  • Petugas memberi penerangan asas Microsoft Paint dan kegunaan Paint dalam pembelajaran.
  • Peserta melukis dengan bebas dan mewarna dengan Paint.
  • Peserta berkongsi dan membincangkan karya seni mereka.

                        
 
 

Gambar disini

Tarikh : 9 Jun 2024
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Lokasi NADI Kg Sungai Leman
Peserta : 4 Orang 

Tujuan 

  • Kelas ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan konsep asas litar eletrik kepada pelajar sekolah rendah. Dengan menggunakan TinkerCad, mereka dapat memahami bagaimana litar elektrik berfungsi secara digital.

Aktiviti

  • Peserta membuka laman sesawang Google dan mencari laman sesawang TinkerCAD.
  • Petugas melakukan demonstrasi tentang cara membuat litar eletrik menggunakan TinkerCad.
  • Peserta mencuba sendiri dengan bimbingan petugas.
                        
 Aktiviti Sokongan
 

Advokasi : Klik Dengan Bijak

Tujuan :

  • Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
  • Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
  • Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet

Pelaksanaan aktiviti :Peserta membuat kuiz silang kata Klik Dengan Bijak

 

Gambar disini

Tarikh : 6 Jun 2024
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi NADI Kg Sungai Leman
Peserta : 1 Orang 

Tujuan 

  • Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) merupakan inisiatif baharu Kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian Dana sehingga RM100 ribu kepada komuniti yang layak.

Aktiviti

  • Peserta mendaftar akaun Pengguna di  portal  https://sejatimadani.icu.gov.my/
  • Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dana dan memuatnaik dokumen berkaitan.
  • Setelah selesai memohon, peserta mencetak permohonan tersebut.
                        
 
 

Gambar disini