Kebelakangan ini jenayah scam kian berleluasa menipu daya masyarakat bagi mendapatkan wang dengan jalan mudah.
Pihak MCMC sentiasa menjalankan tindakan pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengekang aktiviti penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Sekiranya anda menjadi mangsa scam, sila tampil dan laporkan kepada pihak polis supaya tindakan segera dapat dilaksanakan atau
merujuk terus kepada CCID di talian 03-2610 1159 atau 03-2610 1599
Sentiasa berwaspada dan berhati-hati apabila menerima mesej dari nombor telefon yang tidak dikenali.
Ikuti tip untuk kendali penipuan mesej agar anda terhindar daripada menjadi mangsa scam!
Jom @klikdenganbijak !
#MCMC #Scam #TipElakScam #KlikDenganBijak #MalaysiaICTVolunteer
Sentiasa amalkan adab dan etika ketika melayari internet. Berhemah dalam memberi pandangan dan
elakkan penggunaan bahasa kesat yang boleh mengguris hati orang lain.
Jaga keamanan, jangan sokong hasutan-hasutan negatif yang boleh
menyebabkan perbalahan pelbagai kaum di negara kita.
#MCMC
#RukunNegara
#Socialmediaetiquatte
Orang ramai diminta berwaspada dengan panggilan individu tidak dikenali yang menyamar
sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Mari kita terapkan adab dan tatasusila yang baik ketika berkomunikasi di sosial media bagi menjaga keharmonian sesama kita.