444214251_318254221319598_3640164474213437332_n.jpg444137930_318254231319597_7276423606114359005_n.jpg

Pembayaran tanpa tunai (cashless payment) merujuk kepada sebarang bentuk pembayaran yang tidak melibatkan wang tunai fizikal. Ia menggunakan teknologi digital dan elektronik untuk melakukan transaksi kewangan. Semoga kebaikan-kebaikan ini dapat membantu anda dalam membuat pembayaran tanpa tunai.

#GoCashless#cashlesspayments#NADimalaysia#officialnadimalaysia#KKD#MCMC#telekommalaysia#pusatsebaranmaklumatnasional

444490108_870882458400744_2470479715746009880_n.jpg

Matahari tepat di atas Mekah (Kaabah)
27 Mei 2024, Isnin, jam 5.18 petang waktu Malaysia.
.
Pada Isnin, 27 Mei 2024, tepat jam 05:18 petang, Matahari akan berada tepat di atas bandar Mekah di mana terletaknya Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia.

Pada ketika itu, bayang-bayang sinaran Matahari bagi semua objek tegak yang ada di permukaan Bumi akan menghala ke arah Kaabah. Lakaran bayang-bayang objek tegak pada ketika dan tarikh itu boleh dijadikan sebagai panduan bagi menentukan atau mengesahkan arah kiblat secara semulajadi.

Fenomena ini akan berlaku lagi pada 15 Julai 2024, Isnin, jam 5.27 petang waktu Malaysia.
.
Kredit info dan grafik: planetarium negara

.
#mosti#stie#STIpemacuekonomi#merakyatkansains#MenginsankanTeknologi#MengarusperdanakanInovasi#MOSTIluarbiasa

WhatsApp_Image_2024-05-24_at_10.45.24_AM.jpeg

✨🎨 Sertai Kelas Kemahiran Mewarna Lukisan Batik! 🎨✨

📅 Tarikh: 31 Mei 2024 (Jumaat)
⏰ Masa: 10.00 pagi - 12.00 tengahari
📍 Lokasi: NADI Kg Sungai Leman, Parit 8 Sekinchan
💰 Yuran Penyertaan: RM10 (Tambahan RM5 bagi bukan ahli)

Sertai kami untuk pengalaman menarik mempelajari seni mewarna lukisan batik!

Apa yang anda akan pelajari:
✔Teknik asas dan lanjutan mewarna batik
✔Cara menggabungkan warna untuk menghasilkan karya yang memukau
✔Petua dan trik dari pakar seni batik

Kelebihan menyertai:
✔Bahan-bahan mewarna disediakan
✔Bimbingan oleh tenaga pengajar berpengalaman
✔Peluang untuk berkongsi minat dengan komuniti setempat

Daftar sekarang dan jangan lepaskan peluang ini! Tempat adalah terhad.

📞 Hubungi: [http://www.wasap.my/601123026620/mewarnabatik] untuk pendaftaran 🎨✨

#SeniBatik
#KemahiranMewarna
#Aktiviticutisekolah
#NADIKgSgLeman

442419396_854688586697945_1904794416302118955_n.jpg

Hospital universiti mempunyai dua cabang iaitu 𝘱𝘶𝘣𝘭𝘪𝘤 𝘸𝘪𝘯𝘨 dan 𝘱𝘳𝘪𝘷𝘢𝘵𝘦 𝘸𝘪𝘯𝘨. Penjawat awam boleh menerima kemudahan perubatan percuma di 𝘱𝘶𝘣𝘭𝘪𝘤 𝘸𝘪𝘯𝘨 menggunakan ‘Guarantee Letter’ (GL) atau rujukan di dalam HRMIS untuk setiap kemasukan. Peraturan ini adalah terpakai sebagaimana yang dinyatakan dalam Perintah Am 2 Bab F (Perubatan) Tahun 1974.