Elakkan dari menjadi mangsa Penipuan Kewangan atau ‘Financial Scam’
Tip Keselamatan:
1. Tidak membalas emel/mesej yang meminta maklumat perbankan anda.
2. Jika hadiah atau wang ganjaran yang ditawar sangat lumayan, kemungkinan besar ia adalah scam.
3. Pastikan kata laluan dan nombor pin anda dirahsiakan.
Sentiasa berhati-hati dalam menjalankan sebarang transaksi dalam talian.
#EtikaMediaSosial
#FinancialScam
#KlikDenganBijak
#MCMC
#PenipuanKewangan
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
Norma baharu petugas kesihatan.
✅ Sentiasa peka maklumat berkaitan COVID-19
✅ Amalkan jarak sosial apabila tidak merawat pesakit
✅ Pakai alat pelindung seperti yang disarankan
✅ Dapatkan penilaian kesihatan jika didapati tidak sihat atau mengesyaki terdedah kepada pesakit atau kontak pesakit COVID-19.
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
AKTIVITI ZIARAH-MENZIARAHI UNTUK PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI, PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI
1. Dihadkan pada hari raya pertama sahaja
2. Terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja
3. Tidak boleh melebihi 20 orang untuk satu hari tersebut. Mengikut kepada keluasan rumah.
4. Sediakan pensanitasi tangan (hand sanitizer), pakai pelitup muka (mask) dan penjarakan sosial.
Rujuk Sidang Media
Menteri Kanan (Keselamatan)
13 Mei 2020
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
Pelanggan yang dihormati,
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa Kedua secara tunai dilaksanakan bermula pada 14 Mei 2020 hingga 31 Disember 2020.
Rujuk perkara di bawah untuk maklumat lanjut:
1. Bayaran secara tunai kepada penerima:
- Tiada akaun bank
- Bayaran BPN gagal dikredit ke akaun penerima
2. Anda dinasihatkan untuk membuat semakan kelayakan masing-masing secara atas talian terlebih dahulu melalui laman berikut:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia - http://www.hasil.gov.my/
- Bantuan Sara Hidup (BSH) - https://bsh.hasil.gov.my/
- Kementerian Kewangan Malaysia - https://www.treasury.gov.my/
3. Penerima perlu membawa kad pengenalan ketika menerima bayaran tunai di Cawangan BSN.
4. Pihak BSN ingin menegaskan agar setiap pelanggan mempraktikkan penjarakan sosial sejauh 1 meter dan memakai topeng muka semasa melakukan transaksi perbankan di premis Cawangan BSN.
5. Sila klik https://bit.ly/BSN-BPN untuk soalan lazim (FAQ) mengenai pembayaran BPN.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1300-88-1900.
Terima kasih.
13 Mei 2020
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah
#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah