Pada 08 Ogos 2019, Khamis Persatuan Wanita MPKK Parit 8 telah mengadakan satu Program DIY Bekas Tisu,sos dan kicap mengunakan bongkah kayu. Program ini adalah dengan kerjasama KEMAS Parlimen Sabak Bernam.

Program ini bermula dari jam 9.00 pagi yang pada mulanya dibuat di Pusat Internet Kg Sg Leman namun disebabkan keadaan dan kawasan pusat internet, bagi memudahkan peserta menukang dan mengecat pihak MPKK mengalih tempat di sebelah pusat internet iaitu di Balairaya Lintang Surau Parit 8.

Program tersebut dihadiri seramai 23 orang peserta dan dirasmikan oleh Tuan Penghulu Pasir panjang.