Kehamilan tidak meningkatkan risiko ibu untuk dijangkiti COVID-19,

namun langkah-langkah pencegahan jangkitan perlu diambil berat dan diamalkan.

Tiada risiko jangkitan ibu kepada anak dalam kandungan atau menyebabkan kecacatan bayi,

namun penjagaan selepas bersalin adalah penting mencegah jangkitan kepada bayi.

 

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah

Persoalan yang sering ditanya...

Bolehkah virus Covid 19 disebarkan menerusi duit?

Sehingga kini, tiada bukti yang dapat membuktikan penyebaran virus covid 19 menerusi duit.

Namun titisan air pernafasan individu yang dijangkiti boleh mencemari mana mana permukaan objek termasuk duit.

Sebagai langkah pencegahan, pastikan tangan anda dicuci sebelum dan selepas menyentuh duit.

Elakkan menyentuh muka atau mencium, menghidu duit.

Sumber: WHO

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah

𝗜𝗡𝗦𝗘𝗡𝗧𝗜𝗙 𝗣𝗘𝗡𝗝𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗔𝗞-𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗙𝗥𝗢𝗡𝗧𝗟𝗜𝗡𝗘𝗥𝗦 𝗖𝗢𝗩𝗜𝗗-𝟭𝟵

Merupakan satu insentif baharu di bawah Pakej Ransangan Ekonomi Selangor Prihatin Fasa Dua yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bertujuan untuk membantu mengurangkan beban para frontliners dalam penjagaan anak-anak yang terpaksa ditinggalkan bagi menggalas tanggungjawab terhadap negeri dan negara.

Bantuan insentif ini akan diberikan kepada petugas frontliners yang berkhidmat di jabatan/agensi kerajaan di Selangor yang perlu bekerja dan pada masa yang sama terpaksa mencari pengasuh untuk menjaga anak-anak mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kadar bantuan bernilai RM 150 akan diberikan untuk seorang anak bagi tempoh 2 bulan (Mac dan April 2020).

Permohonan online boleh dibuat mulai 20 April 2020 di laman sesawang asuhpintar.yawas.my sebarang pertanyaan boleh dikemukakan bermula pada 20 April 2020 seperti berikut di talian 03-5481 8800 / 011-3158 3804 / 011-2714 5515 (Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang) atau emel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

#IPAF

#pakejrangsanganselangorprihatin

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah

Salah satu misteri terbesar bagi jangkitan coronavirus adalah mengapakah ia hanya menyebabkan gejala ringan pada kebanyakan orang, tetapi boleh menyebabkan kematian pada individu lain?

Satu perkara penting yang diperhatikan adalah virus Covid 19 mampu membiak dengan begitu pantas selepas ia menjangkiti satu sel. Ia mengakibarkan stress yang besar pada tubuh dalam tempoh masa yang singkat.

Situasi ini menyebabkan tubuh membebaskan cytokines dengan banyak sehingga tidak terkawal. Cytokines adalah sejenis protein yang memberi isyarat untuk mengatur imuniti, keradangan dan penghasilan darah.

Apabila terlalu banyak cytokines dibebaskan, Ribut Cytokines berlaku dimana ia mula menyerang sel dan tisu tubuh selain melawan virus.

Bagi jangkitan COVID-19, tindakbalas ribut cytokines kebanyakannya berlaku di paru-paru. Apabila tisu paru paru mati dan mula pecah, dinding kantung udara kecil paru-paru menjadi bocor dan dipenuhi dengan cecair, lalu menyebabkan radang paru-paru .

Apabila paru-paru telah rosak, sindrom gangguan pernafasan berlaku. Kemudian organ lain mula gagal dan kematian adalah satu perkara yang sukar untuk dielakkan.

Rawatan yang digunakan bagi situasi ini termasuklah menggunakan rawatan bagi penyakit Arthritis dan Rheumatoid Arthritis. Walaubagaimanapun masih belum ada bukti kukuh untuk menyokong keberkesanan penggunaan rawatan tersebut.

Sehingga kini, belum ada rawatan khusus dan vaksin bagi covid 19. Perkara yang terbaik adalah untuk kita mencegah dari dijangkiti

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah

Sebagai salah satu inisiatif menggempur Covid-19 habis-habisan,

Kerajaan Negeri Selangor melalui Selcare melaksanakan Saringan Covid-19 berkonsepkan pandu lalu.

Saringan ini adalah PERCUMA untuk warga emas dan mereka yang mempunyai simptom seperti yang dinyatakan.

Sila rujuk kepada sesi pelaksanaan bermula hari ini dan esok.

 

#COVID19
#stayathome
#dudukdirumah