447965979_851005453722532_9025144117543239771_n.jpg

Selamatkan Nyawa Anda dengan Tali Pinggang Keledar!
Elakkan Tragedi: Tanpa tali pinggang, anda 30 kali lebih berisiko tercampak keluar dari kenderaan!
Kematian Hampir Pasti: 75% yang tercampak keluar dalam kemalangan maut tidak terselamat.
Lindungi Diri dan Keluarga:
Penggunaan tali pinggang mengurangkan risiko kecederaan maut sebanyak 50% untuk penumpang depan dan 75% untuk penumpang belakang.

448226790_1074790347342779_77776587715490960_n.jpg

Hari Penderma Darah Sedunia disambut pada 14 Jun pada setiap tahun bagi menghargai para penderma darah dan penganjur kempen derma darah.
Ayuh bersama-sama kita menderma darah untuk menyelamatkan sekurang-kurangnya tiga nyawa. Terima kasih kepada penderma darah, andalah adiwira kami.
Layari www.pdn.gov.my untuk ketahui maklumat kempen dan lokasi derma darah.

 

447967647_884902033667751_4900335034383109020_n.jpg

TIP CEGAH SEMBELIT DI KALANGAN WARGA EMAS

Semakin meningkat usia, warga emas berisiko mengalami pelbagai masalah termasuk sembelit. Punca masalah sembelit berlaku disebabkan olehperubahan fisiologi seperti kurang selera, mulut terasa kering dan ketiadaan gigi. Keadaan ini secara tidak langsung hadkan jenis makanan yang boleh mereka nikmati. Apabila berlarutan, golongan warga emas boleh mengalami masalah malnutrisi.

Bagi mengelakkan masalah sembelit yang mereka hadapi, pengambilan serat dan air perlu diutamakan. Pada masa yang sama, modifikasi pada hidangan makanan adalah perlu. Contohnya, memotong makanan ke saiz yang kecil dan masak sehingga makanan menjadi lembut.

Perlis Nutritionist

#pemakananwargaemas
#wargaemassihat
#infopemakananKKM
#NutritionistKKM

448157093_859838086171576_7060306430200340000_n.jpg

SEBELUM MEMOTONG, ANDA MESTILAH:

✅ MENGETAHUI KELAJUAN DAN KEUPAYAAN KENDERAAN ANDA

✅ BOLEH MENILAI KELAJUAN KENDERAAN YANG HENDAK DIPOTONG DAN JUGA TRAFIK YANG DATANG DARI ARAH BERTENTANGAN

✅ SENTIASA MEMOTONG DI SEBELAH KANAN

447889271_862873049208033_9217937509556804801_n.jpg

Telur🥚merupakan makanan paling popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Selain ia mudah dimasak, ia juga kaya dengan sumber protein.
Pelbagai menu boleh diolah dengan berasaskan telur. Telur dadar adalah antara menu pilihan masyarakat Malaysia. Jom sediakan telur dadar yang sihat ✅