447301743_891007899727376_1834447114078319222_n.jpg

Helmet dicipta untuk melindungi kepala. Namun permukaan yang keras, berat dan ada bucu tajam boleh menjadi senjata yang boleh mencederakan.
Impak hentakan helmet boleh menyebabkan gegaran otak. Mangsa boleh alami gejala pitam, pengsan dan muntah. Dalam kes yang lebih serius, boleh ada pendarahan otak dan pembedahan perlu dilakukan untuk mengeluarkan ketulan darah
Sebagai pencegahan, elakkan konflik, sentiasa berhati hati dan amalkan polisi larangan membawa helmet ke dalam premis.

444945309_890205773140922_4189304197558466990_n.jpg

Doktor. Telinga saya asik sakit dan bengkak. Bernanah. sebenarnya boleh ke tidak korek telinga? Kalau tak korek, gatal lah. Bila korek kan sedap.
Tak elok mengorek telinga. Tak kiralah guna cotton bud, besi dsb. Kerana kita tak nampak apa yang ada dalam tu. Tahi telinga boleh tertolak dan terkumpul di situ. Lama kelamaan ia akan jadi keras.
Jika nasib tidak baik, mengorek boleh menyebabkan gegendang bocor disebabkan trauma.
Disamping itu, mengorek boleh menyebabkan luka dan radang dan menyebabkan jangkitan kuman.
Tahi telinga ni ada sebab tuhan ciptakan.
1) Ada lysozyme yang boleh mencegah jangkitan bakteri dan kulat.
2) Tahi telinga keluar sendiri dengan tolakan kulit lubang telinga tersebut.
Jika alami masalah telinga seperti tersumbat atau terluka disebabkan cotton bud, jumpa doktor untuk dapatkan rawatan segera.

442494583_859932796168725_8420155308913722912_n.jpg

Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semula jadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi 🍚, mi 🍜, roti 🍞, pasta 🍝 dan ubi-ubian πŸ₯”πŸ .
Gula juga terdapat dalam buah-buahanπŸŽπŸ‰ dalam bentuk fruktosa, dan susu πŸ₯›dalam bentuk laktosa. Selain terdapat dalam bentuk semula jadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan.
Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan yang seterusnya boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti.
Oleh itu, jom amalkan 7️⃣ π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—žπ—”π—› π—•π—œπ—π—”π—ž π— π—˜π—‘π—šπ—¨π—₯π—”π—‘π—šπ—žπ—”π—‘ π—šπ—¨π—Ÿπ—”β€ΌοΈ

442495921_752640787041401_507959912705056567_n.jpg

Berita baik buat asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf berdaftar Lembaga Zakat Selangor!
Adakah anda telah mendapat pekerjaan pada tahun 2024?
Jika 𝗬𝗔, anda layak untuk memohon π™„π™£π™¨π™šπ™£π™©π™žπ™› π™‹π™šπ™§π™’π™ͺ𝙑𝙖𝙖𝙣 π™‹π™šπ™ π™šπ™§π™Ÿπ™–π™–π™£ π˜Όπ™¨π™£π™–π™› π™Žπ™šπ™‘π™–π™£π™œπ™€π™§ (π™„π™‹π™‹π˜Όπ™Ž)!
Mohon segera! Permohonan dibuka sehingga πƒπ’π¬πžπ¦π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ’.
Cara memohon:
Imbas kod qr atau klik pada pautan berikut;
Sila rujuk pautan permohonan bagi terma dan syarat.
Semoga berjaya!