449765290_880022680826403_447808393435718424_n.jpg

Masalah pendengaran atau kehilangan pendengaran ialah keadaan kesihatan yang menyebabkan anda kehilangan keupayaan mendengar bunyi dengan baik.
Jika anda menggunakan peralatan yang mengeluarkan bunyi yang kuat, pakailah pelindung telinga. Semakin lama dan semakin kuat bunyi yang anda dengar, semakin rosak pendengaran anda‼️
⚠️ Pelihara pendengaran anda dan ahli keluarga. Pastikan anda mendengar dengan selamat‼️Kami kongsikan tanda-tanda masalah pendengaran sebagai panduan bersama.

449677738_897473809089817_1032870122338755224_n.jpg

Tips mudah ‘Penjimatan Tanpa Kos’

Bagi memastikan penggunaan tenaga elektrik yang cekap, jangan letakkan peti sejuk anda di ruang yang terlalu panas, contohnya ruang yang terdedah kepada sinaran matahari atau berhampiran dengan dapur memasak.

Sediakan ruang yang secukupnya dikeliling peti sejuk anda bagi memastikan pengaliran udara yang baik.

Anda Jimat, Poket Selamat. Jadilah Bijak Tenaga!

#SuruhanjayaTenaga
#EnergyCommission
#JadilahBijakTenaga
#BeEnergySmart

442439060_876110371217634_667995820096747188_n.jpg

Sistem pencernaan adalah kumpulan organ penting yang bertanggungjawab untuk memecahkan makanan menjadi komponen untuk kegunaan badan.

Bagi individu bergelar warga emas 👴🏼👵🏼, risiko untuk berdepan kemerosotan dalam fungsi sistem tersebut akan meningkat.

Ia sudah tentu mempunyai kesan daripada diet pemakanan 🍜🍛, amalan gaya hidup 🚶🏼‍♀️🧘🏼‍♀️, penyakit serta ubatan yang diambil.

💡Dikongsikan tip pencegahan sembelit dalam kalangan warga emas.

 

449636043_876920497803288_7664756364895325373_n.jpg

Bagi wanita kehamilan🤰🏼adalah peristiwa yang sangat bermakna. Bermula saat disahkan doktor bahawa diri sedang berbadan dua, ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan.
Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi 👶🏻 yang bakal lahir sihat fizikal dan mental. Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan pemakanan 🥦🍗🫘 yang sempurna perlu dimulakan sejak dari dalam kandungan lagi.

448159399_889366223220810_403292468687658382_n.jpg

PENDAFTARAN KEMATIAN

Sama seperti kelahiran, setiap kematian yang berlaku di Malaysia juga WAJIB didaftarkan tanpa mengira taraf kewarganegaraan si mati.

Di semenanjung, tiada tempoh pendaftaran kematian yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, kami menasihatkan supaya kematian didaftarkan dengan segera bagi memudahkan urusan waris si mati.

#RakyatDiHatiJPN
#MalaysiaMADANI