Tujuan 
  • Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai kegunaan Google Form dengan cara yang santai dan seronok.

Aktiviti

  • Pelajar diminta  untuk mencari QR Code Google Form di sekitar NaDi dan memuat naik dokumen melalui link terebut

Gambar disini

Tujuan 
  • Bertujuan untuk mengajar peserta cara membuat poster yang menarik dan berkesan untuk mempromosikan produk secara digital

Aktiviti

  • Peserta diberi panduan langkah demi langkah untuk membuat poster produk digital.

  • Peserta mempelajari, berlatih, dan meningkatkan kemahiran mereka dalam membuat poster menggunakan Canva

Gambar disini

Tujuan 
  • Memberikan pemahaman kepada peserta tentang asas-asas internet, termasuk sejarah, struktur, dan cara kerja internet

  • Memberikan pemahaman kepada peserta mengenai fungsi dan peranan web browser dalam akses dan navigasi internet 

Aktiviti

  • Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir

  • Peserta diajar cara menavigasi laman web, mencari maklumat, dan menggunakan pautan dalam sesi latihan amali

  • Demonstrasi praktikal mengenai fungsi-fungsi asas dan canggih web browser seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, atau Microsoft Edge.

  • Ujian ringkas atau tugasan untuk menilai pemahaman peserta mengenai konsep-konsep web browser

Gambar disini

Tujuan 
  • Memberikan peserta pemahaman asas tentang fungsi dan kegunaan setiap kekunci pada papan kekunci (keyboard).

  • Meningkatkan kemahiran peserta dalam menaip dengan cepat, tepat, dan efisien menggunakan keyboard

  • Menjelaskan fungsi kekunci khas seperti Ctrl, Alt, dan fungsi khas lain yang dapat memudahkan penggunaan perisian dan aplikasi

Aktiviti

  • Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir

  • Penerangan asas tentang struktur keyboard, fungsi kekunci utama, dan prinsip-prinsip dasar menaip.

  • Memperkenalkan pintasan-pintasan keyboard umum yang berguna dalam pelbagai aplikasi dan sistem operasi

  • Mengadakan sesi penilaian untuk menilai kecekapan peserta dalam menggunakan keyboard.

Gambar disini

Tujuan 
  • Meningkatkan pengetahuan dan kebolehan peserta dalam memahami asas-asas perisian dan perkakasan komputer untuk membolehkan mereka menggunakan teknologi komputer secara lebih efektif.

  • Memberikan pemahaman kepada peserta mengenai perisian (software) dan perkakasan (hardware), termasuk fungsi dan perbezaan di antara keduanya.

  • Mengajarkan peserta mengenai pelbagai jenis perisian dan perkakasan yang digunakan dalam komputer dan peranti elektronik.

Aktiviti

  • Petugas menerangkan tujuan pembelajaran kepada peserta yang hadir

  • Penerangan asas tentang perisian dan perkakasan, termasuk definisi, peranan, dan perbezaan di antara keduanya

  • Menerangkan kes-kes keselamatan teknologi dan langkah-langkah untuk mencegahnya.

  • Mengadakan kuiz untuk menguji pemahaman peserta mengenai pembelajaran yang diajar

Gambar disini