PERNIAGAAN MAKANAN (KUIH TIRAM)

Nama

: Hanisah binti Hassan

Umur : 35 Tahun
Ahli : 19 Sep 2018


Latar Belakang

Puan Hanisah suri rumah yang memulakan perniagaan bermula dari Negara di landa wabak Covid-19. Sebelum ini beliau bekerja sambilan di kilang kuih. Kini beliau telah menjalankan perniagaan menjual kuih tiram dari rumah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau pernah melibatkan diri di PI dengan hadir untuk menggunakan perkhidmatan di PI sahaja dan pada ketika itu beliau masih lagi belum berjinak-jinak berniaga tetapi pernah juga mengikuti beberapa kelas yang dianjurkan oleh PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan beliau sebelum ini sedikit sebanyak dapat membantu beliau ini kerana beliau sudah mempunyai akaun Facebook dan hanya perlu aktif untuk membuat promosi. Beliau kini mahir menggunakan platform Facebook dan juga WhatsApp Status untuk membuat promosi jualan beliau

PERNIAGAAN MAKANAN (CHEESETART/KEK/ROTI/KEREPEK)

Nama

: Siti Nor Ngaisyah bt Rosnan

Umur : 27 Tahun
Ahli : 19 Jun 2012


Latar Belakang

Puan Ngaisyah merupakan seorang suri rumah yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan melalui rumah

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sudah berdaftar sebagai ahli PI sudah lama bagaimanapun beliau tidak mahir menggunakan ICT mahupun media social yang sedia ada sekarang ini

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau pernah mengunjungi PI untuk menggunakan perkhidmatan Photostat dan petugas telah menawarkan kepada beliau untuk mengikuti kelas keusahawanan yang kami anjurkan. Kini beliau semakin mahir menggunakan platform Facebook, WhatsApp dan juga Shopee untuk mengembangkan perniagaan yang dijalankan.

PERNIAGAAN MAKANAN

Nama

: Mohd Zainal bin Kornain

Umur : 44 Tahun
Ahli : 03 Feb 2020


Latar Belakang

Encik Zainal merupakan ahli Pusat Internet yang aktif dan sering mengikuti kelas-kelas ynag dianjurkan oleh pihak Pusat Internet. Beliau seorang yang rajin dan hanya membuat kerja-kerja kampung sahaja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri secara aktif di Pusat Internet beliau sememangnya kurang mengetahui penggunaan computer dengan baik

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan beliau di PI membantu menjadikan beliau seorang yang celik IT. Beliau sering mengikuti kelas ICT dan juga bengkel keusahawanan yang diadakan di Pusat Internet. Kini beliau telah menjalankan perniagaan makanan iaitu sarapan pagi yang mana beliau berupaya menggunakan akaun Facebook beliau sebagai satu cara untuk membuat promosi perniagaan yang beliau jalankan. Hasil dari mengikuti kelas beliau kini sudah sedikit mahir dalam penggunaan ICT.

PELAJAR CELIK IT / KOMPUTER PINTAR

Nama

: Nor Afrina Qaisara binti Mohd Rizal

Umur : 11 Tahun
Ahli : 07 Ogos 2016


Latar Belakang

Afrina adalah pelajar sekolah rendah yang berusia 11 tahun. Beliau telah mendaftar keahlian di Pusat Internet pada tahun 2016 lagi akan tetapi pada masa itu beliau kurang mendapat pendedahan berkenaan dengan ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan dengan Pusat Internet Afrina berkunjung hanya untuk menggunaka perkhidmatan seperti fotostat, bayar bil dan topup sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas telah mengajak Afrina mengikuti kelas ICT secara percuma yang mana beliau hanya perlu membayar keahlian sebanyak RM 5 sahaja dan boleh mengikuti kelas ICT mengikut jadual yang disediakan oleh Pusat Internet. Kini Afrina sudah mahir untuk menggunakan computer dalam perkara-perkara asas seperti menaip surat, menggunakan power point dan lain lagi.

PERNIAGAAN KEPERLUAN (LAIN-LAIN)

Nama

: Latifah binti Yusof

Umur : 55 Tahun
Ahli : 27 Feb 2018


Latar Belakang

Puan Latifah merupakan seorang suri rumah yang bergiat aktif dalam aktiviti persatuan. Di samping aktif dalam persatuan beliau juga rajin berniaga untuk menambah duit kocek dan duit perbelanjaan harian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mula berniaga dengan cara jualan secara langsung yang mana beliau akan berniaga jika ada program/aktiviti persatuan beliau yang mana pada waktu itu beliau akan berjumpa dengan ramai orang. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan Puan Latifah di Pusat Internet sedikit sebanyak membantu perniagaan yang dijalankan oleh beliau. Beliau sudah mengetahui cara untuk memulakan promosi di akaun Facebook, WhatsApp Group dan juga status keduanya tadi. Beliau juga tidak terlepas untuk mengikuti kelas keusahawanan atau kelas ICT yang dijalankan di Pusat Internet.