PERNIAGAAN TUDUNG DAN SET KECANTIKAN

Nama

: Farah Alyaa Binti Mohamed

Umur : 17 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar Belakang

Puan Farah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan menjalankan perniagaan sampingan untuk mengisi masa lapang beliau. Beliau telah menceburkan diri dalam perniagaan ini bermula dengan menjual jamu secara kecil-kecilan tetapi perniagaan itu tidak bertahan lama kerana permintaan untuk jamu tidak terlalu tinggi. Dengan minat yang tinggi dalam bidang perniagaan beliau mula menjadi ejen untuk berniaga semula. Untuk perniagaan kali ini beliau telah memilih tudung dan juga set kecantikan sebagai barang yang akan diniagakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Untuk permulaan Puan Farah telah berniaga dengan kaum keluarga dan kawan-kawan terdekat saja. Yang mana beliau akan menjual barang sekiranya terdapat permintaan dari pelanggan yang ingin membelinya sahaja. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Disebabkan peredaran masa dan zaman semakin maju beliau telah mempromosikan barang yang diniagakan melalui aplikasi Facebook, Whatapps dan juga Instagram. Selepas beliau mengikuti kelas ICT di pusat internet, beliau telah menggunakan Facebook beliau sendiri untuk memuat naik barangan yang diniagakan. Beliau juga telah diajar menggunakan Whatapps Web bagi memudahkan beliau untuk mengambil tempahan pelanggan. Kami mencadangakan kepada Puan Farah supaya meletakkan link nombor telefon di setiap promosi barangan yang diniagakan bagi memudahkan pelanggan menghubungi beliau melalui whatapps dengan menekan link yang telah disertai pada setiap promosi produk yang dimuatnaik di dalam Facebook beliau.

 

MS WORD & POWER POINT

Nama

: Siti Maknawiyah

Umur : 17 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar Belakang

Siti Maknawiyah merupakan seorang pelajar di Sekolah Agama Menegah Pasir Panjang, berusia 17 tahun. Beliau telah menjadi ahli Pusat Internet dan kebiasaan akan dating ke Pusat Internet untuk mencari maklumat berkenaan pelajaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau seorang yang rajin belajar dan sanggup datang ke Pusat Internet semata-mata untuk mencari maklumat pelajaran. Semasa penggunaan komputer beliau hanya menggunakan komputer sahaja dan menulis di buku. Kini setelah mempelajari copy dan paste memudahkan beliau mencari maklumat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Oleh sebab beliau sering datang ke Pusat Internet beliau semakin mahir menggunakan komputer dan mengetahui fungsi-fungsi komputer dan juga internet. Beliau juga semakin cepat menyiapkan tugasan yang dibelikan oleh guru.

 

ANGGUNG MEMPERSONA

Nama

: Fatin Syuhada binti Mohd Noh

Umur : 25 Tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Cik Fatin Syuhada merupakan seorang usahawan yang menjalankan perniagaan produk kecantikan dan kesihatan iaitu Bconfident dan juga Green Appleplus. Perniagaan yang dijalankan oleh beliau adalah berbentuk kesihatan yang mana Bconfident lebih sesuai kepada kaum wanita manakala Green Appleplus sesuai untuk mereka yang inginkan bentuk badan yang ideal. Beliau memulakan perniagaan ini selepas tamat persekolahan STPM. Permulaannya beliau sekadar suka-suka menolong ahli keluarga menjalankan perniagaan ini sementara menunggu kerja tetap tetapi lama kelamaan beliau merasa seronok untuk menjalankan perniagaan itu dengan sendirinya. Sehingga kini perniagaan beliau semakin maju dari masa ke semasa sehingga mendapat permintaan dari luar iaitu Brunei dan Singapore.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya Cik Fatin Syuhada berniaga secara offline, di mana beliau akan bawa bersama produk ke mana-mana untuk mempromosikan kepada orang ramai sebelum beliau mempelajari ICT. Beliau hanya menjual produk sekiranya terdapat permintaan melalui rakan-rakan yang terdekat. Hari demi hari peniagaan yang beliau jalankan semakin mendapat tempat di hati pelanggan disebabkan cara promosi produk yang beliau ketengahkan. Oleh itu beliau telah mengikuti kelas ICT untuk mempromosikan produk dengan cara online mengikut peredaran masa sekarang yang mana penjualan melalui online lebih menguntungkan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikuti kelas ICT iaitu media baru dan sosial media, beliau telah membuka akaun media sosial seperti facebook dan juga instagram untuk memasarkan produk beliau. Beliau telah membuka page khas untuk produk beliau begitu juga dengan instagram. Setelah mahir menggunakan media sosial iaitu facebook dan juga instagram,  beliau dapat berkongsi maklumat tentang produk seperti kebaikan menggunakan produk tersebut, harga, kos penghantaran dan lain-lain. Keadaan ini telah menaikkan rakan dan pengikut beliau di facebook dan juga instagram. Sekaligus ia dapat mengembangkan perniagaan beliau di seluruh negeri dan juga luar.

KELAS KOMPUTER

Nama

: Farida binti Aran

Umur : 45 Tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Puan Farida berusia 45 tahun dan merupakan seorang suri rumah. Beliau seorang yang rajin ke Pusat Internet atas urusan anak beliau seperti fotostat, online kemasukan ke asrama dan lain-lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempunyai telefon pintar yang digunakan lebih kepada aplikasi group whatsapp, game dan juga youtube. Oleh sebab Puan Farida rajin ke Pusat Internet kami telah menawarkan beliau untuk menyertai kelas asas beberapa modul yang kami jalankan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sekiranya beliau mempunyai masa lapang beliau akan mengikuti kelas yang kami anjurkan. Puan Farida telah diajar menggunakan whatsapp Web, Facebook, modul asas Microsoft word, power point, excel dan juga kelas keusahawanan E-Rezeki. Kesan dari mengikuti kelas-kelas yang kami jalankan, Puan Farida sudah berada pada tahap mahir dalam menggunakan beberapa aplikasi.

KOMPUTER PINTAR

Nama

: Mohd Hisam bin Hasim

Umur : 12 Tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Hisam merupakan pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Sungai Leman. Beliau seorang yang rajin belajar buktinya beliau sering ke Pusat Internet Kg Sg Leman dan bertanyakan kelas ICT yang boleh beliau sertai. Pertama kali beliau menggunakan komputer dan belajar mengenai asas komputer adalah di Pi1m Kg Sg Leman. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau tidak mempunyai telefon pintar, akan tetapi beliau akan datang ke PI untuk melayari Youtube, lebih dari Youtube beliau tidak mahir untuk menggunakannya. Beliau tidak memiliki telefon pintar, oleh yang demikian beliau sering ke Pi1m untuk menggunakan komputer. Di PI selain melayari laman Youtube, beliau juga telah bertanyakan mengenai aplikasi Facebook.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hisam sering ke PI, oleh yang demikian setiap kali kami mengadakan kelas ICT pasti beliau sertai. Beliau pernah menyertai kelas Microsoft Word, Power Point dan juga Publisher. Dengan menyertai kelas-kelas sebegitu, beliau sekarang berada pada tahap asas dalam menggunakan modul Microsoft tersebut. Malahan dari beliau hanya pandai menggunakan Youtube sekarang beliau sudah boleh menggunakan lain-lain aplikasi seperti Facebook, Google untuk mencari maklumat dan lain-lain lagi.