PERNIAGAAN KESIHATAN & PERKHIDMATAN

Nama

: Siti Rahmah binti Majid

Umur : 45 Tahun
Ahli : 02 Mac 2011

 

Latar Belakang

Pn Siti Rahmah seorang guru di Sekolah Rendah Agama (SRA). Beliau menjalankan perniagaan ini bertujuan untuk menjana pendapatan sampingan bagi menanggung kos perbelanjaan harian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT beliau menjual produk kesihatan dengan hanya meletak di kedai-kedai dan juga di Pusat Internet. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas belajar dan mahir menggunakan media sosial, beliau kini menggunakan Facebook dan juga Whatsapp untuk mempromosikan perniagaan yang beliau jalankan. Beliau akan menggunakan ruangan posting dan juga whatsapp status untuk mengiklankan barangan/produk perniagaan beliau.

PERNIAGAAN MAKANAN (LAUK-PAUK DAN KUIH-MUIH)

Nama

: Nor Liza Binti Utoh

Umur : 54 Tahun
Ahli : 27 Mac 2014

 

Latar Belakang

Pn Norliza merupakan suri rumah dan mempunyai 2 orang anak. Beliau telah menjalankan perniagaan makanan dan mempunyai kedai makan di hadapan rumah beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau hanya focus kepada kedai makan sahaja sebelum mahir menggunakan platform media sosial. Penjualan makanan juga hanya bertumpu pada waktu sarapan pagi dan juga makan tengah hari.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengetahui dan sedikit mahir menggunakan media sosial, kini beliau menggunakan platform Facebook dan juga Whatsapp untuk mempromosikan jualan. Di samping itu, beliau juga akan membuka tempahan lauk-pauk dan juga kuih-muih untuk tujuan majlis dan juga kenduri kendara.

PERNIAGAAN MAKANAN (KEREPEK)

Nama

: Noorizan binti Helmi

Umur : 27 Tahun
Ahli : 2017

Latar Belakang

Puan Noorizan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan ibu kepada tiga orang anak. Beliau menjalankan perniagaan berkaitan makanan iaitu kerepek. Kini beliau masih berniaga seperti biasa

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Sebelum ini beliau memang menggunakan platform facebook untuk menjalankan perniagaan beliau. Segala promosi perniagaan beliau akan muat naik di facebook. Beliau hanya fokus pada facebook beliau sahaja untuk mempromosikan perniagaan yang dijalankan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau akan mengikuti kelas atau modul keusahawanan di Pusat Internet sekiranya terdapat masa lapang, dengan mengikuti kelas yang dianjurkan beliau kini sudah mahir untuk menggunakan media social selain dari facebook untuk perniagaan beliau. Media social juga kian mempunyai fungsi yang baharu sebagai contoh beliau akan membuat siaran langsung di facebook aktiviti perniagaan beliau. Selain itu, beliau juga sudah boleh menggunakan ruangan story di facebook dan juga status whatsapp untuk promosi kerepek yang beliau jual. Kadangkala beliau akan berkunjung ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan yang kami sediakan sebagai contoh printing, kelas e-Rezeki, Photostat, permohonan bantuan atas talian dan lain-lain.

PERNIAGAAN MAKANAN DAN KEPERLUAN

Nama

: Rohana Binti Abdul Samad

Umur : 41 Tahun
Ahli : 25 Ogos 2013

 

Latar Belakang

Puan Rohana merupakan ibu kepada enam orang anak. Beliau sudah lama menjalankan perniagaan berkaitan makanan dan keperluan harian seperti penyapu lidi, ulam- ulaman dan lain-lain. Beliau masih lagi meneruskan perniagaan tersebut di hadapan sekolah

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya menjual secara menjaja sahaja yang mana menggunakan lori untuk menjalankan perniagaan dan kadang-kadang Puan Rohana akan menjual ulam-ulaman, penyapu lidi dan sayuran kampung sekiranya mendapat permintaan. Beliau juga rajin ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan photostat, print dan membayar bil, oleh sebab itu, pihak kami akan mempelawa Puan Rohana untuk mengikuti kelas atau program yang kami anjurkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada waktu lapang Puan Rohana akan mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet seperti kelas ICT, kelas keusahawanan e-Rezeki, program Hari Bersama dan lain lagi. Semasa mengikuti kelas keusahawanan Puan Rohana boleh mengikuti apa yang diajari. Beliu sudah boleh menggunakan Facebook untuk muat naik gambar atau status berkenaan perniagaan beliau. Selain itu, di aplikasi Whatsapp juga beliau sering muat naik status perniagaan beliau.

 

ASAS PENGGUNAAN KOMPUTER

Nama

: Nur Amirah Syahirah Binti Mohd Nurhan

Umur : 10 Tahun
Ahli : 2019

Latar Belakang

Nur Amirah pelajar tahun 4 bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Leman, merupakan anak sulung dari tiga (3) orang adik beradik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau baru mendaftar pada awal tahun 2019 untuk mengikuti kelas mingguan ICT di Pusat Internet Kg Sg Leman, ibu beliau memberitahu bahawa pembelajaran di sekolah memerlukan beliau menggunakan komputer. Ibu Amira akan menghantar beliau ke Pusat Internet pada hari minggu mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak petugas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Amira kiri masih dalam tempoh pembelajaraan di Pusat Internet dan beliau sudah pandai dan tahu teknik menggunakan papan kekunci dengan betul dan baik. Selain itu, beliau juga sudah tahu penggunaan Microsoft Word dan Power Point. Kini beliau juga boleh membuat latihan secara atas talian Zoom A dengan sendiri tanpa bantuan petugas.