PELAJAR CELIK IT / KOMPUTER PINTAR

Nama

: Nor Dhania Athirah 

Umur : 11 Tahun
Ahli : 26 April 2016


Latar Belakang

Dhania Athirah merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Sg Leman. Beliau berusia 11 tahun, mendaftar sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2016 tetapi hanya aktif mengikuti kelas baru-baru ini sahaja

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengikuti kelas ICT yang dianjurkan oleh petugas beliau memang tidak mahir langsung untuk menggunakan computer disebabkan di rumah juga tidak mempunyai computer. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, setelah beliau mengikuti kelas pada hujung minggu beliau sudah boleh dan mampu untuk menggunakan computer dengan baik. Beliau juga dapat menyelesaikan aktiviti-aktiviti yang berasaskan computer dengan jayanya.

PELAJAR CELIK IT / KOMPUTER PINTAR

Nama

: Rafiq bin Mohamadiah

Umur : 12 Tahun
Ahli : 23 Mac 2019


Latar Belakang

Rafiq merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Sg Leman dan berusia 12 tahun. Beliau juga merupakan ahli aktif di Pusat Internet Kg Sg Leman.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau baru sahaja aktif mengikuti kelas ICT di Pusat Internet pada tahun ini. Sebelum ini beliau kurang menghadiri atau mengikuti kelas ICT, akan tetapi setelah diajak oleh rakan beliau kini rajin mengikuti kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet. Rafiq pada awalnya memang tidak tahu untuk menggunakan lomputer sehinggakan untuk membuka komputer pun beliau tidak tahu, apatah lagi di rumah beliau memang tidak mempunyai komputer.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengikuti kelas ICT pada hujung minggu dan musim cuti sekolah, Rafiq kini sudah mampu untuk membuka komputer, menaip dan bermain aplikasi pembelajaran yang diajar oleh petugas. Sehingga kini beliau masih lagi dalam pembelajaran dan masih mengikuti kelas ICT.

PERNIAGAAN GOODIES MAKANAN

Nama

: Cik Gayah binti Embi

Umur : 47 Tahun
Ahli : 12 Mac 2019


Latar Belakang

Puan Cik Gayah merupakan seorang suri rumah dan juga bergiat aktif di dalam PWB memegang jawatan sebagai Penyelia bagi Dun Sekinchan. Beliau amat aktif dalam menjalankan program atau aktiviti untuk membantu para wanita.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya menjalankan perniagaan Goodies ini melalui mulut ke mulut sahaja, di mana tempahan ini akan diterima sewaktu program/aktiviti yang dijalankan yang mana pada masa itu lah beliau akan berjumpa dengan ramai orang. Perniagaan beliau tersebar dengan cakap-cakap orang.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penglibatan beliau di Pusat Internet telah membantu Puan Cik Gayah dalam penggunaan Facebook dan juga muat naik status di WhatsApp sebagai satu cara untuk mempromosikan perniagaan yang dijalankan. Sekiranya mempunyai masa lapang beliau akan mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Pusat Internet, iaitu kelas keusahawanan dan juga kelas ICT beliau kini sudah sedikit mahir untuk lebih kerap mempromosikan perniagaan beliau di media social. Perbezaan pendapatan beliau juga dapat dilihat sebelum beliau menggunakan ICT dengan selepas beliau menggunakan ICT. Kadangkala beliau juga kan berkunjung ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan yang kami sediakan sebagai contoh printing, photostat, permohonan bantuan atas talian dan lain-lain.

PERNIAGAAN STOKIN SILVY

Nama

: Nur Hidayah binti Hasanuddin

Umur : 24 Tahun
Ahli : 04 April 2010


Latar Belakang

Hidayah merupakan seorang pelajar Universiti Awam yang berusia 24 tahun. Beliau merupakan anak ke 2 dari 6 orang adik beradik. Seorang yang amat minat dalam perniagaan.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan di Pusat Internet, beliau telah menjalankan perniagaan dengan menggunakan jaringan perniagaan yang beliau miliki iaitu melalui rakan-rakan. Perniagaan yang dijalankan juga pada awalnya hanyalah sebagai dropship yang mana beliau hanya mengambil tempahan dari pelanggan tanpa menyimpan stok barangan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada cuti semester, beliau telah berkunjung ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan di Pusat Internet, oleh sebab itu, petugas Pusat Internet telah menawarkan beliau untuk menjadi sukarelawan Pusat Internet memandangkan ketika itu perniagaan stokin yang dijalankan mampu menampung belanja beliau di kampus. Beliau bersetuju untuk menjadi Sukarelawan Pusat Internet dan telah mengikuti kursus Sukarelawan ICT yang dianjurkan oleh SKMM. Ketika ini penglibatan beliau di Pusat Internet semakin aktif yang mana beliau perlu membantu  dan mendidik komuniti yang ingin menggunakan ICT dan juga ingin menjalankan perniagaan. Adalah menjadi satu bonus kepada beliau untuk mengajar komuniti berkenaan perniagaan disebabkan beliau telah mempunyai perniagaan sendiri.

PELAJAR CELIK IT / KOMPUTER PINTAR

Nama

: Rosniza bt Idrus

Umur : 43 Tahun
Ahli : 12 Mac 2019


Latar Belakang

Pn.Rosniza merupakan seorang suri rumah dan mempunyai 3 orang anak. Beliau seorang yang rajin ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Pada Mulanya beliau tidak mahir menggunakan komputer namun Pn. Rosniza sering meminta bantuan petugas untuk membuat surat, permohonan bantuan atas talian dan permohonan kemasukan ke sekolah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah beliau mengikuti kelas ICT di Pusat Internet, Beliau telah diajar untuk menggunakan carian Google sekiranya ingin membuat permohonan atas talian, menaip untuk membuat surat rasmi bagi pihak suami beliau dan carian maklumat untuk persekolahan anak beliau.