PELAJAR CELIK IT / KOMPUTER PINTAR
Nama |
: Rosniza bt Idrus |
Umur | : 43 Tahun |
Ahli | : 12 Mac 2019 |
Latar Belakang
Pn.Rosniza merupakan seorang suri rumah dan mempunyai 3 orang anak. Beliau seorang yang rajin ke Pusat Internet untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada Mulanya beliau tidak mahir menggunakan komputer namun Pn. Rosniza sering meminta bantuan petugas untuk membuat surat, permohonan bantuan atas talian dan permohonan kemasukan ke sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beliau mengikuti kelas ICT di Pusat Internet, Beliau telah diajar untuk menggunakan carian Google sekiranya ingin membuat permohonan atas talian, menaip untuk membuat surat rasmi bagi pihak suami beliau dan carian maklumat untuk persekolahan anak beliau.
PERNIAGAAN MAKANAN
Nama |
: Husnah binti Mohd Asli |
Umur | : 47 Tahun |
Ahli | : 12 Ogos 2015 |
Latar Belakang
Puan Husnah merupakan ibu kepada 5 orang anak, Beliau pada asalnya berkerja disebuah kilang menjahit pakaian namun disebabkan kesihatan, beliau sudah tidak berkerja seperti biasa dan kini menjalankan perniagaan dan membuka kedai dihadapan rumah sahaja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum beliau mahir menggunakan ICT dan Media Sosial, Puan Husnah hanya tumpu perniagaan di kedai sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT dan menglibatkan diri dalam kelas ICT di Pusat Internet, Puan Husnah sedikit mahir dalam menggunakan media social. Beliau focus pada penggunaan Facebook dan juga WhatsApp. Kedua-dua medium ini adalah ruang bagi Pn Husnah untuk mempromosikan perniagaan beliau. Perbezaan pendapatan juga dapat dilihat berbanding sebelum ini yang hanya bertumpu di kedai sahaja. Sesekali beliau akan menerima tempahan makanan untuk majlis-majlis.
PEENIAGAAN KUIH MUIH
Nama |
: Mas Intan Binti Ismail |
Umur | : 45 Tahun |
Ahli | : 12 Ogos 2015 |
Latar Belakang
Puan Mas Intan pada asalnya hanya membuat kuih dari rumah sekadar untuk makan bersama keluarga, beliau tidak sangka pula terdapat permintaan dari rakan-rakan yang ingin beliau menjual / berniaga kuih – muih. Oleh sebab itu, beliau sekarang sudah menjalankan perniagaan kuih-muih dari rumah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum Puan Mas Intan mahir menggunakan ICT / media social Puan Mas Intan hanya mengambil tempahan kuih-muih dari rumah sahaja. Sekiranya ada permintaan dari rakan-rakan baru beliau akan buat mengikut tempahan tadi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT dan menglibatkan diri dalam kelas ICT di Pusat Internet, Puan Mas Intan mengetahui dan mahir menggunakan media sosial, kini beliau menggunakan platform Facebook dan juga WhatsApp sebagai ruang untuk mempromosikan jualan kuih beliau. Perbezaan pendapatan selepas menggunakan media social juga agak memberangsangkan berbanding sebelum ini hanya mengambil tempahan melalui rakan-rakan yang mengetahui saja.
.
PEENIAGAAN GERAI MINUMAN DAN BUAH-BUAHAN
Nama |
: Salbiah binti Jamaludin |
Umur | : 34Tahun |
Ahli | : 27 Mac 2014 |
Latar Belakang
Puan Salbiah ibu kepada 3 orang anak merupakan seorang suri rumah dan juga peniaga minuman dan makanan. Beliau mempunyai gerai kecil-kecilan di simpang 4 jalan bagi mencari rezeki.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum beliau mahir menggunakan ICT, Puan Salbiah memang menumpukan perniagaan beliau di gerai sahaja, cuma apabila tiba hari raya atau ada majlis perkahwinan beliau akan membuka gerai di majlis-majlis tersebut mengikut kehendak pelanggan yang telah menempah dengan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengetahui dan sedikit mahir menggunakan media sosial, kini beliau menggunakan platform WhatsApp untuk mempromosi jualan di kedai beliau. Disebabkan itu juga, beliau dapat membantu rakan lain menjana pendapatan dengan meletakkan jualan mereka di gerai Puan Salbiah. Beliau juga diajar untuk membuat promosi di Facebook akan tetapi untuk di Facebook beliau jarang untuk muat naik berkenaan dengan perniagaan.
.
PELAJAR CELIK IT / KOMPUTER PINTAR
Nama |
: Adam Rafael bin Mohd Rizal |
Umur | : 6 Tahun |
Ahli | : 05 Januari 2019 |
Latar Belakang
Adik Adam berusia 6 tahun dan bersekolah di Pra Sekolah Kebangsaan Sungai Leman. Beliau telah dihantar oleh ibunya pada awal tahun untuk belajar computer bersama-sama dengan kakak beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awal penyertaan adik Adam di kelas ICT setiap minggu, beliau memang tidak tahu untuk menggunakan komputer disebabkan di rumah memang tidak mempunyai komputer. Beliau juga agak kekok untuk menaip menggunakan papan kekunci dan kadang kala tidak reti untuk menggerakkan tetikus.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Banyak perubahan kepada adik Adam selepas beliau mengikuti kelas ICT pada hujung minggu. Beliau telah diajar cara untuk menaip dan menggerakkan tetikus dengan baik, cara menaip karangan ringkas di Microsoft Word dan permainan pendidikan.